Forum Posts Following Followers
25 5 1

RAWAK ZODIAK DARI THAILAND; PANU NATEENAN (MINI LOVE) GempakStarz


Scorpio (24 okt-22 nov)
Si dewa misteri Pluto adalah bintang yang melindungi Scorpio. Kerana itu orang2 Scorpio ini pendiam, suka simpan rahsia dan sangat menarik. Benda2 berwarna kelabu dan hitam membawa tuah kepada mereka, begitu juga dengan no 5, huruf E, W, perpustakaan, getah rambut, skirt berplet dan paku karat. Omelet amat elok untuk kesihatan Scorpio.

Capricorn (23 dis-20 jan)
Saturn, Dewa Masa dan Dewa Clonus, kuat dan stabil. jangan melampau2 dlm membuat sesuatu perkara. kena berpada-pada dan pastikan hidup dengan baik. Benda bawa tuah: benda warna hitam, kelabu n perang. untuk tambah tuah, makan bawang. Benda lain: no 2, huruf K, loket bintang, anting2 mutiara, robot doll, laut dan juga seluar longgar.

Aquarius (21 jan-19 feb)
Uranus dan Dewa Pengetahuan. akan bertambah kuat tahun ni??? tak disangka2 akan bertambah kreatif. Mungkin akan ada idea pelik yg bagus utk beberapa ketika. Benda bertuah: benda warna biru, hijau dan kuning. Benda lain: salad, no 5, huruf E, W, stesen, bungkusan berisi dokumen, cincin tatah batu permata hitam, skirt jeans akan bawa nasib baik.

Pisces (20 feb-21 mac)
Neptune. Pisces sangat misteri. Pisces amat berkuasa,kehadiran menonjol, minda cergas. Benda bertuah: benda warna biru, putih dan pink. Anggur baik utk kesihatan. No 6, huruf F dan O, jus buah segar, taman, reben, gmbr nenek moyang, bantal pelbagai warna, mafela dan bunga juga menambahkan tuah.

Aries (22 mac-20b apr)
Mars. Mars bintang pelindung yang kuat dan berkuasa utk mempengaruhi bintang2 lain. kuat dan berani, sedia hadapi cabaran dan berwajah muda. barang bertuah: benda warna oren, merah dan keemasan. tomato, no 9, huruf I dan K, bunga daisy, selendang dan seluar tiga suku.

Cancer (22 jun-23 jul)
Bulan dan Dewi Diana, dewi pemburuan dan pertanian. dewi ini mempunyai banyak zuriat jd Cancer memiliki hati yg besar dan tenang serta naluri seorg ibu (x kira male female). Benda warna putih, ungu muda dan biru laut. banyak makan mknn laut supaya badan kuat. no 8, H/N, cermin berpemegang, belt kulit dan baju polo.

Leo (24 jul-23 ogos)
Matahari dan Dewa Apollo, dewa kuasa, kemudaan dan api kehidupan jd Leo seorang yg angkuh, besar hati dan tahap keyakinan yg tinggi. leo ingin jadi org penting dan suka perhatian. benda warna oren, merah dan keemasan. buah mangga dan all sitrus. no 3, K/U, kek, zoo, jam digital, mawar kering, stokin belang, jaket.

Virgo (24 ogos-23 sep)
Mercury, banyak persamaan dengan Aries. sikap baik, bersopan-santun, serius, bijak bercakap dan tulisan yang kemas. benda warna krim, beige, biru n biru laut. limau nipis dan lemon. no 0, A/S, pizza, underground, jaket, jeans, pensel.

Taurus (21 apr-21 mei)
Dewi Venus yg cantik dan penuh rasa cinta. senyuman manis, hati yang lembut dan baik terhadap semua orang. benda warna biru, pink, krim. Ketumbar beri tenaga. no 7, G/Y, salad, mknn laut, dewan konsert n apron budak (???).

Gemini (22 mei-21 jun)
dewa Mercury, berbakat menggubah, mencipta, handal berbicara. Gemini berkebolehan bercakap, menulis n berfikir. benda warna biru, kuning, hijau. makan daun salad (?) krn perlukan vitamin C. no 3, D/M, kereta lumba, dek, bangunan, jam loceng, dan suit.

Libra (24 sep-23 okt)
seperti Taurus, dewi Venus dan Mercury. punya tahap kecantikan dan kasih sayang yg tinggi tapi benci segala yg buruk dan hodoh. menyokong keadilan dan hebat dalam mengimbangi sesuatu perkara. Benda warna biru, hijau dan kuning. Buah strawberi, no 6, F/O, beranda, kerongsang bunga, esen vanila dan skirt mini.

Sagittarius (23 nov-22 dis)
Jupiter, dewa pengetahuan yg berbakat. berdikari, buat sesuatu ikut suka, amat berkemampuan. Benda warna ungu, merah dan oren. Timun. no 1, J/S, udang goreng dengan teping (tempura?), taman awam, sunglasses, baju panas sutera Morhare (?).